ENL Lost in Koh Samui

Hollaaa..Jumpa lagi di blog NL Travelog..ok kali ni sis nak story pasal Koh Samui memandangkan baru balik dari Samuikan..So ingatan masih fresh lagi.So lets start dengan hari pertama. Flight dari Senai Johor pukul 6.30 pagi dengan penerbangan MAS. Sampai di KLIA tepat jam 7.25 pagi. Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam. Sampai di KLIA, terus ke KLIA2 memandangkan next flight ke Surathani pukul 12 tengah hari so sis banyak masa lagi lah. Sempat lah breakfast di KLIA2. Ok pada mereka yang baru pertama kali untuk ke luar negara diingatkan supaya untuk check in awal sekurang-kurangnya 3 or 4 jam awal bagi mengelakkan anda tertinggal pesawat ya..Sebab dah banyak kes yang sejam lagi nak boarding baru nak masuk balai berlepas dengan pemeriksaan kastam lagi dan nak berlari cari Gate pelepasan. Check in awal ni bagus untuk memudahkan urusan semua pihak memandangkan KLIA 2 airport yang agak besar tak de lah kita kene berlari-lari nak kejarkan flight. Ok Pukul 11.20 flight aku dah start boarding dan tepat pukul 12 flight dah start bergerak ke Surathani. Percutian kali ni adalah bersempena dengan friendship anniversary ke 19 dan celebrate sekali birthday Endah. Kenapa pilih Samui?? Samui ni dah lama ada dalam bucketlist memandangkan Airasia bukak balik lalui ke Surathani dan tiket pon tengah murah so kita sambar cepat-cepat..

                   Perjalanan dari KL ke Surathani mengambil masa lebih kurang 1 jam 25 minit. Sampai di airport Surathani dan selesai urusan imigresen dan kastam kami terus cari kiosk Phantip di dalam airport untuk beli tiket bus, Ferry dan Van untuk ke Koh Samui. Harga package tiketnya adalah THB 1100. Kalau sape2 nak ke Koh Samui sis cadangkan gunakan lah khidmat Phantip Travel ni untuk memudahkan urusan. Kalau nak kenal orang Phantip ni senang jer..Diorang akan pakai tshirt ada tulis Phantip. Perjalanan menaiki bas untuk ke Jeti Donsak menagmbil masa 1 jam dan menaiki Ferry ke Koh Samui mengambil masa 2 jam 30 minit.. Gigih kan.. Sampai di jeti akan ada van yang pick up kita untuk ke hotel. Disebab kan sis stay kat Chaweng perjalanan megambil masa lebih kurang 40 minit. Baru sampai di Chura Samui. Fuhhh dia punya penat jangan kata..

             


Surat Thani Airport

Bus Phantip

Jetty Donsak
            
 Muka boring sebab kene tunggu feri

Tips nak gambar cantik duduk lah dekat open air tingkat atas sekali..banyak view menarik untuk bergambar


Untuk hari pertama ni aku ngan end decide untuk dinner kat 7e terdekat. Malam tu kitaorang just dinner nasi goreng kat 7e..So jangan risau nasi goreng tu halal. Sebab produk CP tu dari Malaysia. Untuk simcard pon aku just beli kat 7e sebab memudahkan  penggunaan google maps untuk kitaorg berjalan. Lepas makan kitaorang habiskan masa untuk buat body massage memandangkan badan dah sakit-sakit pikul beg.Done hari pertama.

Simcard Thailand

Hari kedua dimulakan dengan bangun pukul 11 pagi.Indah betul hari cuti aku. Breakfast semua xsempat nak makan sebab bangun lambat. Perut dah berbunyi irama dangdut. Aku decide nak makan tengah hari terus..So google tempat makanan halal kat Samui. Jumpa kedai Fareast Halal Food Samui. Lepas mandi kitaorang lepak pantai sekejap untuk ambik gambar dan terus keluar untuk sewa motor. So jangan risau sebab keluar jer dari hotel akan nampak tempat sewa motor. Harga sewa motor sehari THB 150. Anda digalakkan untuk sewa dekat area Chura Samui ni sebab murah. Bila tanya dekat area Chaweng Beach semua tempat ambil THB 250. Beza THB 100 ok.

Selesai urusan sewa motor. Kitaorang terus ke Fareast Restaurant. Jarak dia lebih kurang 5 km dari Chura Samui. So dekat jer..Akhirnya dapat jugak makan nasi berlauk..Yehhaa..Aku makan seperti tiada hari esok..Macam2 aku order TomYam, Ayam Masak Kari Hijau , Telur Dadar, Kailan Ikan Masin, Nasi dan Air Kelapa. Total Hangus untuk lunch hari kedua THB 880 kalau convert RM 110
lebih kurang..perghh macam orang kaya sey lunch sampai RM 110. Berpeluh beg duit sis.

Seterusnya kita ker Central Festival Samui salah satu Shopping Mall besar kat Samui. Niat dihati nak tengok2 jer, tapi kopak jugak THB 2000. Redho jer lah beli sourvenir untuk mak bapak dan adik beradik.Masa kita nak balik tu kitaorang dah nampak masa depan untuk malam ni sebab depan shopping mall tu dah siap-siap pasang khemah pasar malam. So malam ni kita lepak pasar Chaweng je lah. Petang tu aktiviti santai saja..mandi kat pool sambil melihat sunset kat depan hotel  dan malam nya menghabiskan masa di pasar malam Chaweng dan sekitar Chaweng Beach. Sempat lah sambar sikit-sikit sourvenir untuk kawan-kawan. Tips nak cari sourvenir. better cari kat night market lebih murah. Tak lupa jugak kitaorang sempat menghabiskan duit kat Hard Rock Samui dan Samui Premium Outlet



View laut depan bilik



 Swimming Pool Chura Samui

Central Festival Samui

Last Day kat Chura 

Hard Rock Samui

Hari ketiga dan hari terakhir kat Chura Samui so gigih bangun pagi untuk breakfast. Seperti yang kita tahu hotel memang serve non halal food. So kita makan buah dan minum juice jer buat alas perut. Selesai breakfast kami pon ke lobi untuk ambil perkhidmatan penghantaran ke Cosi Chaweng. Pihak hotel ada sediakan perkhidmatan tu dengan kadar bayaran THB 300. Bagi aku memang mahal sebab Cosi Chaweng tu 5 minit jer kot. Tapi kita tak de pilihan kan. So terpaksa jugak guna perkhidmatan dia. Pukul 12.00 kitaorang dah checkout dan terus ke Cosi Chaweng. Check in time pukul 2 petang tapi pihak Cosi memang baik benarkan kitaorang check in pukul 12.30. Thanks Cosi Chaweng. Lepas check in kitaorang terus ke Central Festival. Cosi ni dia terletak di sebelah Central Festival. Makin panjang langkah kaki dan makin nipis dompet kitaorang. Setelah berfikir-fikir dengan End kitaorang decide nak sewa moto ke Bhoput dan Lamai petang tu. Kos sewa motor kat Chaweng THB 250 tapi kitaorang mintak kurang dapat lah THB 200 + Gasoline THB 40. Perjalanan ke Bophut mengambil masa 20 minit dan perjalanan ke Lamai mengambil masa sekitar 35 minit dan sebelum tu just nak share info untuk sesiapa yang ke Koh Samui pasar malam yang paling besar kat samui ni adalah ni Fisherman Village setiap hari Jumaat. Kitaorang xsempat nak merasa sebab hari Khamis kitaorang dah balik Ke Surathani. Maka nikmatilah pemandangan gambar Bophut dan Lamai yang sempat dijadikan kenangan indah di Samui

   Cosi Chaweng 

Demi sekeping Gambar

Melompat Lebih Tinggi


Kawan Gaduh, Kawan Travel, Kawan simpan Rahsia

Fisherman Village

Pantai Bhoput

Menara Tinjau Sebelum sampai di Lamai

 Pantai Lamai

Lamai di waktu senja

ENLlostinLamai

Strike a pose

Happy 19th Friendship Anniversary Endah

Yeayy today is last day dekat Koh Samui. Aku ngan End sempat pegi lunch kat Farest Restaurant sebelum memulakan perjalanan ke Surathani. Perjalanan agak mencabar sama jugak macam waktu pergi. Orang Phantip akan pick up dekat hotel pukul 12 tengah hari, tiba di jeti pukul 12.45 tengah hari..Ada sesuatu yang tidak diingini berlaku. End tertinggal beg dekat Cosi Chaweng. Dalam beg tu adalah semua barang Hard Rock yang memang dia beli untuk family dia, waktu tu dia dah redho dah. tapi aku plak jenis kena usaha untuk dapatkan barang tu balik, lalu aku pun call Cosi dan mintak untuk sape-sape hantar ke jeti sebelum pukul 2. Alhamdulillah barang tu sampai seminit sebelum feri jalan. Memang bersyukur sangat dan terima kasih untuk staff Cosi Chaweng. Kitaorang sampai di Surathani lebih kurang pukul 6.00 petang. Kat Surathani kitaorang stay kat Evergreen Surathani. Tapi aku frust sebab hotel ni tak sediakan iron. Terpaksa balik esok dengan baju tak bergosok. Malam tu kitaorang habiskan masa cari makanan kat pasar malam berhampiran. Naik tuk tuk dari hotel THB 40 untuk 2 orang..Murahkan..Macam-macam makanan ada kat pasar malam tu, tapi semua tak halal lah kan..nak selamat kitaorang ni makan buah-buahan, macam-macam buah dengan harga yang sangat-sangat murah. Lepas tu balik singgah 7e beli burger. Mudahkan hidup ini.

Fresh Orange Juice Paling Sedap kat Thailand

Suasana Pasar Malam Surathani


Paling menawan hati tengok jus buah 

Hari terakhir kat Thailand, Orang dari Phantip ambil di hotel jam 10 dan sampai di airport pukul 12 tengah hari. Ok nak cerita pasal VAT Refund. Sepanjang kat Koh Samui aku ngan End memang banyak spend duit untuk shopping. Dan untuk pengetahuan korang kita layak untuk dapat balik duit yang kita belanja. Dapatkan saja slip dan resit dari kedai yang korang belanja, dan korang boleh claim masa dekat airport. Masa untuk pulang ke tanah air..gittuew..
VAT Refund Office Surathani Airport

Aku sebenarnya malas nk kira total kos yang dah terbakar kat Thai ni. Sebab rate duit kita ngan Thailand sekarang jauh beza sangat. Tak macam 5 tahun lepas pegi Thailand sedap sikit belanja. Apa yang aku boleh nasihatkan untuk yang nak ke Thailand tukar lah duit banyak sikit dari korang kene dan terpaksa tukar kat Thailand sebab duit kita nilai sangat lah rendah kat sini. Ok itu jer story yang aku nak share untuk percutian Samui ni..Bye..See u in next entri..Ke mana Ke kita lepas ini..??
Bye Samui..

NL- 06112019- 12.43pm 





















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

BAYU LESTARI ISLAND RESORT - "HIDDEN GEM '' di Johor

YOGYAKARTA ISTIMEWA

VITAMIN SEA - NOLY DAN BALI