S.U.R.A.B.A.Y.A part 2
Entry kali ni adalah entry daripada sambungan part 1 semalam..Setelah separuh hari masa aku di habiskan dengan lawatan Bromo. Aku akan terus ke Batu untuk stay hotel dekat sana..Disebabkan aku belum isi perut dari malam tadi, End decide nak makan masakan padang..ok kami pon pergi ke restoran Nasi Padang Sederhana di sekitar Malang..nak review sikit pasal nasi padang ni..harga memang agak mahal..aku makan berdua dengan End jer dah dekat Rm 80..Kami cuma ambil ayam..Paru goreng,Sambal Hijau dan Sotong..tapi sebab dah kebulur..kami redha jer lah.. Hari ni ak nak story apa yang ada di Batu dan Malang..Ok menurut Mas Hendri Batu adalah satu daerah yang berdiri sendiri tanpa ada bantuan dari kerajaan Indonesia..Daerah Batu mempunyai pendapatan sendiri yang di jana daripada tempat-tempat wisata di sana..Batu jugak merupakan kawasan tumpuan pelancong di mana terdapat taman-taman tema antaranya Jatim Park 1 dan 2, Museum Angkut, Ladang Epal. Omah Kayu, Ladang Strawberry, Air Terjun Coban Rondo dan ada beberapa lagi wisata wajib untuk dikunjungi.. Kali ni hotel aku cari sendiri di Agoda.com..Disebabkan aku nak relax aku pun memilih untuk tido di Kampung Lumbung Boutique Hotel di daerah Batu..Sebab ape aku pilih Kampung Lumbung Hotel ni..ok sebb utama adalah aku nak back to nature..Hotel ni terletak di atas bukit yang mana di kelilingi dengan alam semulajadi..Untuk makluman semua hotel ni dia mesra alam..korang tak kan jumpa kipas ataupun aircond dalam bilik sebab suasana di Batu memang sejuk..Suhu disana sekitar 20c..Aku sampai di hotel sekitar jam 3 petang..Disebab kan aku tak cukup tido lagi aku mintak Mas Hendri untuk hantar aku ke hotel dan aku nak tido lah dalam 2-3 jam..tapi bile dah sampai di hotel..aku xmampu untuk tido sebab aku banyak menghabiskan masa berborak dengan End sambil menikmati pemandangan yang cantik..Sebenarnya badan terlalu penat mengharungi perjalanan semalam..Tapi aku happy dapat spend time ngan bestfriend aku..Bile badan penat ni dapat massage pon sodap..memandangkan hotel ada menyediakan khidmat massage..tanpa berlengah kitaorang pon buat massage kat hotel..Untuk 1 jam massage aku cuma perlu bayar sekitar 100ribu rupiah shj ( Rm 34 ) murah kan..After Massage aku siap2 untuk keluar..Malam ni punya aktiviti ialah ke Batu Night Spectacular Malang dan Alun-Alun di Batu..
Labirin Coban Rondo
View Malang dari Coban Rondo
Ticket Masuk Omah Kayu
View Rumah Kayu
Kampung Lumbung Boutique Hotel
Perjalanan dari hotel ke BNS memakan masa sekitar 15 minit..Batu Night Spectacular ni lebih kurang macam Fun Fair..Macam2 permainan ada kat BNS ni so ni lah entertaiment malam yang ada di Malang..Malang dan Batu ni umpama pekan kecil yang mana semua kedai tutup jam 10.00 malam..
Batu Night Spectacular
Tiket Masuk akan dikenakan di pintu masuk BNS ni..tapi sebabkan ticket masuk ni sudah termasuk dalam package so Mas Hendri yang settlekan semua..ok untuk setiap permainan dalam BNS ni akan dikenakan charge sebanyak 15000 rupiah..Setelah berjaya menghabiskan duit di BNS, aku langsung terus ke alun-alun..Alun-alun ni kalau kat Malaysia macam Pasar Malam..Macam-macam makanan ada di jual di sana..Kat Alun-alun sempat lah aku tapau sate sotong kurita,kacang rebus,Jagung Bakar Cheese yg memang power..Ok tamat cerita hari kedua
Sate Sotong Kurita
Hari ketiga kami mulakan dengan checkout dari hotel menuju ke Coban Rondo..Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan keindahan alam yang terbentang luas..Sebelum ke Waterfalls kami singgah di Labirin Coban Rondo..Setelah ke Labirin kami ke arena ATV. Bayaran di kenakan untuk naik ATV ni sekitar Rm 10 je untuk 2 pusingan..Habis jer main ATV aku jumpa spot paling menarik untuk ambil gambar di Daun Coklat..Memang cantik pemandangan nye
View Malang dari Coban Rondo
Labirin Coban Rondo
Daun Coklat
Next Air terjun Coban Rondo..Untuk ke Air terjun Coban Rondo dari Labirin Coban Rondo tadi memakan masa 10 minit..Sampai sahaja di air terjun aku terus tergamam Ya memang cantik..memang kena lah dengan tagline dia #WonderfullIndonesia..Subhanallah indah sangat ciptaan Allah..aku bersyukur aku mampu untuk keluar dari tempat selesa untuk melihat ciptaan Allah ini..Aku ngan End pon apa lagi bermacam2 posing keluar..Ok tamat cerita di Air Terjun Coban Rondo..Next Omah Kayu
Air Terjun Coban Rondo
Seterusnya kita ke Omah Kayu dari Air Terjun Coban Rondo untuk ke Omah Kayu mengambil masa sekitar 20 minit..Omah Kayu di terletak di atas bukit sekitar Batu..Untuk ke omah kayu ni aku kene hiking lagi dalam 10 minit untuk sampai ke atas..Aku syak aku boleh turun 5kg sepanjang berada kat sini..Tiket masuk ke Omah kayu ni 5000 rupiah..Omah kayu juga menyediakan bilik untuk bermalam..Harga sekitar 350ribu-450ribu..kalau suka kan nature and view cantik boleh lah cuba bermalam di sini.
NL travelogTicket Masuk Omah Kayu
View Rumah Kayu
BFF Since 2000
View Batu
Setelah hampir 1 jam di Omah Kayu aku decide untuk terus ke Ladang Apple di Malang..Hari ni agak terkejar2 sikit sebb aku nak sampai ke Surabaya sebelum malam sebab aku ada plan untuk ke Tunjungan Plaza Surabaya..Oleh sebab masa terhad aku berada di ladang apple tu lebih kurang setengah jam sahaja..Ladang apple ialah icon kepada Malang..kalau sebut Malang wajib lah ke Ladang Apple..Sebelum ke Ladang Apple Mas Hendri bawa aku ke tempat ole-ole..di mana disana ada jual bermacam jenis kerepek dan batik madura..Sempat jugak lah sambar kerepek epal dan batik madura untuk diri sendiri..Kawan2 opis aku belikan keychain dan fridge magnet..Perjalanan dari Omah Kayu ke ladang epal memakan masa 25 minit..Sampai di ladang apple aku seperti biasa teruja nak petik dan makan buah apple yang fresh dari ladang..Tiket Masuk ke ladang apple sudah di bayar oleh Mas Hendri sebab dah termasuk dalam itinerary aku.Sebenarnya ini pertama kali aku cuma spend Rm 500 sahaja..ulang sekali lagi..sahaja..untuk perbelanjaan di sini..Sempat lah beli sekilo Apple fresh dan kerepek Apple..Selain kerepek Apple kat sini juga ade jual kerepek tempe..memang sedap dia luar biasa..frust sebb beli sikit jer kerepek tempe tu..
Ladang Apple Malang
Perjalanan kami di teruskan ke Surabaya..perjalanan mengambil masa lagi 3 jam.. Kami isi perut dengan makan apple dan kerepek tempe tadi jer..Sepanjang perjalanan kami tak nampak restoran2 yang kami boleh berhenti untuk makan..so kami teruskan perjalanan..End nak cari A&W sebb ada orang review yang A&W Indonesia sedap..Aku rasa sepanjang kat Surabaya ni aku banyak makan fast food..niat di hati nak diet tapi hampehhh..Setelah 2 jam perjalanan aku berhenti 1 satu kawasan rehat kita macam RnR lah untuk ke toilet.. kali ni agak terkejut sikit sebb tandas lelaki dengan perempuan bercampur..nasib baik yang masuk semua masa tu perempuan..lelaki tu ade tapi tak ramai..bila toilet tu bercampur sebenarnya seriau jugak nk guna..kat sini nak puji lah sepanjang 3 hari kat Surabaya aku perhati kan..toilet diaorang ni bersih..kau pegi lah kampung mana pon nak tumpang tandas..tandas mereka mmg bersih..ok setelah selesai melepas hajat aku ke seberang jalan untuk ke A&W..hasrat end nak makan A&W tercapai jugak..kitaorang tapau jer memandang kan ak nk sampai cepat di Surabaya..Setelah 3 jam ku tempuh finally HYE SURABAYA..ok terus ke hotel untuk check in..Kali ni aku check in di Midtown Hotel Surabaya berdekatan dengan Tunjungan Plaza..setelah selesai check in aku letak beg dalam bilik dan terus keluar semula untuk ke Tunjungan Plaza..Bila aku sampai di Tunjungan Plaza baru lah aku jumpa orang2 kaya Surabaya..mostly mereka yang ke sini semua kaya..sebab kedai di dalam Tunjungan Plaza ni barang2 branded..Aku sebenarnya ke Tunjungan Plaza ni untuk beli Tumbler Starbucks disebabkan aku pengumpul tegar thumbler Starbuck sambil2 cuci mata dan cuci tekak sekali..Setelah 2 jam menghabiskan masa di Tunjungan Plaza..aku pon pulang ke hotel..disebabkan esok udah mau pulang ke Malaysia, aku kene kemas beg..Esok flight dri Surabaya ke KLIA2 pukul 12.10 so aku kene checkout pukul 9 pagi sebb perjalanan dari hotel ke Juanda Internasional Airport sekitar 1 jam..Ok keesokannya aku bangun pukul 7.30 and bersiap2,after breakfast aku terus ke Airport..ok di Juanda Airport penerbangan Internasional dengan Domestic tempat nya berlainan. Juanda Airport ni memang agak besar..So after check in luggage aku pon ada masa untuk lepak2 minum..Tepat pukul 12.10pm aku terbang kembalike tanah airku Malaysia..cewahhh..Aku tiba di KLIA2 pukul 4.30pm so aku ada masa lebih kurang 5 jam kat airport..ok sementara nak tunggu next flight ke Johor aku pon menghabiskan masa dengan makan bersama BFF..Flight dri KLIA2 ke JHB lambat 20 minit..so aku tiba di Senai International Airport jam 11.00pm..Ok sekian itu lah cerita percutian BFF ke Surabaya..Next entry nak story pasal percutian ke KRABI plak..jumpa lagi di lain entri
nota kaki- jika memerlukan supir untuk ke Bromo boleh terus call Mas Didik yang ganteng lagi cakep - whatapps ( +6281249179089 ) / facebook - Pranoto Didik
Comments
Post a Comment