VITAMIN SEA - NOLY DAN BALI


Assalamualaikum dan hello uolls,
Yeayyy entri kali ni sis nak cerita pasal BALI..im happy after 4 years stay dalam bucketlist finally sampai jugak kita ke Bali..im too excited nak story pengalaman kat Bali..Untuk korang yang masih tak tahu 2 hari sebelum sis ke Bali ada gempa berlaku di jawa dan mengakibatkan ada beberapa tempat di bali terkena gegaran. Allah jer tau hati ni berbolak balik nak pegi ke tak..tapi mak sis memberi kata-kata semangat..terus tak fikir panjang terus capai beg dan  packing baju. First nak story pasal flight sis..11 Oktober tu hari khamis dan sis masih bekerja disebab kan flight ke KL pukul 11.00 malam dan hari khamis tu di Johor kita akan bekerja separuh hari maka sis kira- kira sempat lah nak balik umah mak sis kat Jb. Sampai di KLIA2 pukul 12 malam ada kira-kira 6 jam lagi masa tapi sebelum tu sis dah siap-siap booking bilik di Tune Hotel KLIA Aeropolis, ok yang ni sis booking melalui www.agoda.com. Uolls boleh jugak check kat tune website selalu ade promosi, penah jugak tengok diaorang promo harga satu bilik cuma Rm 70 kira ok lah kan untuk tido-tido ayam. Sampai di KLIA sis dengan cousin sis tapau makanan di family mart and terus rushing ke Tune Hotel KLIA2 sebab shuttle akan ambil kita dari situ..yang penting perkhidmatan shuttle tu free ye..Ok ni sis tepek kan jadual untuk shuttle service Tune Hotel untuk memudahkan keje korang


Ok sis nak review tentang hotel sikit..Dari klia ke tune aeropolis ni mengambil masa 15 minit dan bila kita tengok review kat agoda ramai yang complain pasal service kiranya macm service tak memuaskanlah rate cuma 5.9/10. Tapi bagi sis ok jer bilik memamg kecil sikit lah. Tapi aircond dia power kot feeling ala-ala kat korea gitu. Kalau setakat nak tido and mandi ok sangat dengan harga pon xsampai Rm 100 kalau nak dibandingkan dengan capsule Rm 2++ cuma boleh stay 6jam and bilik air terpaksa berkongsi tu bagi pendapat sis lah.. Esoknya flight ke bali  pukul 9.00 pagi. Sis gigih bangun pukul 4.30 pagi dan ambil shuttle pukul 5.00 pagi sebab tak nak rushing dan sempat untuk breakfast. Tempat breakfast sis biasala Mc Donald tu jer yang senang pada sis.. Pukul 7.00 pagi sis dah start masuk balai berlepas sebab nak kene lepas beberapa pemeriksaan imigresen Malaysia..Pukul 8.30 flight dah boarding. Kali ni berbeza sikit sis pengalaman naik Airasia X untuk pertama kali..memang best sebab lebih luas..Perjalanan ke Bali mengambil masa 3 jam so sampai di airport I Gusti Ngurah Rai pukul 12.00 tengahhari. Waktu di Bali sama je macam waktu Malaysia. Airport Ngurah Rai dah berwajah baru so sis merasa lah pengalaman dekat airport baru. Tapi sis kagum gile airport cantik nak sampai ke imigresen dia setengah jam jugak lah sebab sibuk sangat bergambar.. Setiap dinding airport ada arca-arca tentang budaya Bali. Tapi yang sedihnya sis kene tunggu hampir 2 jam untuk cop pasport. Antara gambar-gambar airport yang sempat dipotretkan dalam hp sis







Setelah 2 jam menunggu akhirnya keluar jugak dari airport. Sebelum keluar sis sempat lah whatapp supir yang datang nak jemput..Kali ni sis dijemput oleh supir Eddy. Sis dapat dari hasil membaca blog jugak. Tq pada blog yang rekomenkan Pak Yanto..Sis akan tinggalkan no phone Pak Yanto di akhir entri ni nanti. Untuk percutian ni sis decide nak tido kat Alam Ubud Villa..Sis pon tak tau lah kenapa bila 1st time tgk  villa ni kat agoda terus jatuh cinta, Mungkin sebab konsep dia kat kampung tepi sawah pastu ada hutan dan sungai tu yang membuatkan sis jatuh cinta kot. ni pon sis booking kat agoda..mula-mula tgk kat website dia memang agak mahal..so decide booking agoda murah sikit semalam Rm 600 untuk junge view..Sis frust sikit sebab ingat boleh lah check in pukul 2 petang tapi pukul 2 petang sis baru keluar dari airport..Lepas tu banyak pulak tempat persinggahannya.. Perancangan sebenar sampai terus nak pegi hotel and relax dalam bilik je..tapi apa boleh buat.. Singgah beli simkad singgah beli Mc Donald tapau makan siap-siap memandangkan kat Bali ni susah nak cari halal food terutamanya kat area Ubud yang ada kiri kanan cuma babi guling. Perjalanan diteruskan dengan tempat persinggahan seterusnya tempat beg rotan. Kali ni kita beli beg rotan dekat rumah orang yang buat beg tu jauh lebih murah. Kalau tengok kat pasar ubud and area Seminyak and Kuta harga sekitar IDR 286000 tapi kalau kat sini baru IDR 130000 banyak kot beza dia, So sis belilah 4 untuk kawan dan diri sendiri. Dalam perjalanan menuju ke Alam ubud sis nampak pulak kat tepi-tepi jalan orang jual durian maka singgah lah lagi makan sebiji dua lalu perjalanan diteruskan. Akhirnya sampai jugak kat Alam Ubud Villa weiii...Speechless cantik gila..dah check in semua kita dihidangkan dengan welcome drink..sedap bangat air dia..Sempat lah sis mintak resepi dengan budak reception tu. Air sprite + limau nipis + cengkih + serai boleh lah cuba. 


View Bilik 








Sis sampai hampir pukul 5.00 petang so sempat lah solat jamak zuhur dan asar. Malam tu memang habiskan masa dalam bilik berchit chat dengan sepupu sis. Esoknya after solat subuh dah tak boleh tido. Subuh dekat Bali awal pukul 4 pagi so terkebil-kebil jugak paksa mata untuk tido..last2 tertido dan sedar pukul 7.30 pagi. So bersiap untuk breakfast. Yang tak menarik nye tu kita kene memanjat tangga dalam 15 minit jugak berjalan nak sampai ke Coffee House. Untuk breakfast ni kita kene pilih menu apa yang kita nak makan , Cam sis pilih menu asian so makan lah nasi goreng vegan( sayuran ) yang dihidang dengan jemput-jemput keledek,  pisang sira gula merah, pisang sira gula merah tu memang menambat hati sis. Selepas breakfast kami decide nak ronda-ronda kampung sebelum pukul 12 tengah hari sebab dah janji dengan mas Eddy untuk ke Bali Swing. Pihak hotel ada sediakan basikal percuma dan shuttle percuma untuk ke ubud market.. So mengayuh lah kita melihat pemandangan kampung sekitar situ..menarik jugak tengok orang tanam padi.






Selepas ronda-ronda kampung sis pon mandi dan bersiap untuk buat Bali Swing..Teruja beb..Mas Eddy dah pon menunggu sis di reception. Perjalanan ke Bali Swing cuma 10 minit sahaja dari alam ubud.. Untuk buat Bali Swing ni ada 2 kategori extreme, super extreme..Alang-alang dah sampai ni kita buatlah super extreme kan..Tiket bayaran IDR 200k. Ramai orang tanya best ke tak bagi sis, sis nak cuba ni antara pengalaman hidup yang kita pon tak tau bila lagi kita dapat buat. So just relax and have fun, tapi kalau buat untuk kali kedua seriously cakap sis kene pikir 2 kali. Rasanya buat flying fox 10 kali pon sis rela dari kene buat Bali swing..hahahah



                                                                          

Selain dari Bali swing kat sini jugak dia ada offer untuk rasa kopi luwak tapi secara jujurnya korang tak payah minum kopi luwak tu..korang mesti tertanya2 sebab apa?? korang boleh google sendiri macam mana kejamnya mereka terhadap binatang demi secawan kopi.Dari Bali swing kita ke Seminyak untuk chill-chill. Perancangannya nak ke La Planca tengok sunset Tapi kita ada masa 3 jam lagi so tengah hari kita lunch di Warung Makan Ma'Pinah. Restoran ni serve halal food, food ok, enviroment pon ok tapi yang luar biasa dia ada live band. suara penyanyi tu boleh menangis lah sis dengar. After lunch kita masih ada masa dan kita ke Agung Bali pusat sourvenir terkenal di Bali. Sempat lah sis beli ole-ole untuk kawan-kawan office.. Harga agak mahal jugak xde lah murah mana pon tapi ni jer ada. Oklah ada dari tak de..Beli jugak lah sabun, beg, fridge magnet.
Next destination La Planca..wehuuu..Kalau nak ke La Planca ni kita kene order minimum 2 air dan 2 makanan.. So sis order manggo milkshake dan makan cake sahaja. Total lebur kat La Planca 200k jugak. Ni lah susana kat La Plnca sambil-sambil tengok sunset boleh cuci-cuci mata..ehhh


Setelah ke La Planca masa untuk manjakan diri di spa..Sis gigih berjalan di area Jalan Camplung Tanduk untuk cari pusat urut and finally jumpa jugak yang offer dengan harga murah yang penting urutan dia best. Jangan risau kat seminyak ni memang banyak kedai urut so sediakan jer duit-duit anda. Kat sini sis buat full body massage, manicure dan pedicure dengan harga IDR 160k murah kot. korang boleh cari kedai thai massage depan Ibis Budget Bali. Hari kedua done.

Untuk hari ketiga perancangan sis hanya untuk ke Uluwatu Temple dan sis pingin nonton Kecak Dance. Pagi tu acara santai-santai lepas breakfast sis berjalan di sekitar seminyak untuk window shopping. Untuk hari ketiga ni sis dah janji dengan Mas Eddy untuk ambil sis di sekitar legian memandangkan sis ni dah stay kat area Legian. Untuk hari ketiga ni sis stay Cara-cara in Kuta..Hotel memang trendy and dekat dengan pantai dan Kuta Square..so senang sikit nak cari makan. Sekitar pukul 3 mas Eddy pon jemput kami untuk ke Uluwatu. Perjalanan dari Kuta ke Uluwatu memakan masa 1 jam. Sampai di Uluwatu kita dikenakan bayaran masuk IDR 30000k dan IDR 100000K untuk Kecak Dance.  Antara gambar-gambar yang sempat untuk sis potretkan dalam hp sis untuk kenangan masa depan




Kecak Dance ni menceritakan tentang percintaan Ramyana dan Shinta. Setelah habis nonton Kecak Dance kami ke Khrisna untuk cari sourvenir untuk mak and ayah . Bagi pendapat sis lah kan Agung Bali lagi murah dari Khrisna selepas sis telek semua barang dia..Barang yang sama tapi harga yang berbeza. Paling upset bab T-shirt harga kebabom tapi kualiti out habis kat pasar malam pon helok lagi. Aku rasa banyak tempat yang aku pegi sasaku Lombok jugak yang best..Murah dan quality no 1 smpai sekarang tshirt tu elok lagi walaupon kerap pakai.
Last day Bali weyyy..hari last ni pagi-pagi dah ke pantai kuta jalan-jalan sempat lah menyinggah kat Hard Rock Bali. Sempat lah sambar ape yang patut. Dah berjalan tekak mesti haus kan maka kita singgah di IceLab French Gelato kat Jalan Kuta. Flight sis petang pukul 4 petang..Maka pukul 11 balik hotel packing baju dan checkout. Untuk hari ni sis call grab jer untuk ke airport lebih murah IDR 26000K sahaja. Ok now nak buat calculation berapa budget hangus untuk ke Bali.



Flight Tiket Jb-Kl-Jb + Luggage = Rm 200
Flight Tiket Kl-Bali-Kl + Insuran + Luggage = Rm 350
Ticket Semua Wisata = Rm 200
Hotel = Rm 700
Supir + Grab + Tips = Rm 200
Duit Pocket = Rm 600
Total = Rm 2250
Ok ni lah perjalanan hidup di Bali selama beberapa hari , korang boleh jer jimat lagi sewa hotel yang lebih murah. Disebabkan sis ni nak berehat tu yang sis sewa hotel yang mahal sikit. Korang jugak ada option untuk guna grabcar untuk minimize budget korang. Kat bawah ni sis sertakan no PakYanto. Kalau ada yang berminat untuk ke Bali boleh whattapps +62817-556-488 ( Pak Yanto ). Terima Kasih untuk uoll yang membaca..

Love,
Noly

Comments

Popular posts from this blog

BAYU LESTARI ISLAND RESORT - "HIDDEN GEM '' di Johor

YOGYAKARTA ISTIMEWA