Boleh Bah Kalau Kau, Hello Sabah..
So usha punya usha tiket satu hari tu terjumpa tiket paling murah lah dari Johor ke Sabah return cuma Rm 130/seorang. So apelagi tanpa lengah-lengah aku terus sambar tiket untuk 4 orang. Total duit lebur kat tiket Rm 520, macam tak caya pon ade sebab murah sangat weii..selalu tengok return tiket mesti Rm 2++ seorang. Ok settle bab tiket.
Sebulan sebelum pergi tu sis dah survey-survey nak duduk kat mane..orang kata kalau g Kundasang best duduk kat area Kg Mesilau sebab view cantik. Memandangkan kawan sis dah pergi dulu dia cadangkan duduk kat Sulap Homestay Kg Mesilau. Sulap ni dia ade concept bilik dan rumah. Kalau bilik dia ade 3 jenis type of bilik. Harga bermula dari Rm 150- Rm 180. Untuk rumah pulak harga dalam Rm 450-500. Kapsiti 1 rumah 10 Orang. Ok homestay pon settle hari first sis duduk kat Syahmeen Homestay ( Rm 150 ). Hari Kedua stay kat Sulap Homestay ( Rm 180 ). Untuk hari ketiga sis stay kat Sutera Avenue Apartment ni pon sis cari kat Facebook ( Rm 200 ).Ok homestay pon semua settle. Memandangkan sis nak drive ke Sabah so kenelah cari kereta sewa.Dua minggu sebelum ke Sabah sis booking kereta sewa kat website. Sis sangat lah cadangkan kalau ada sesiapa yang nak ke Sabah boleh lah gunakan khidmat Daeng Car Rental. Boleh search google www.daengrentacar.com untuk tempahan sangat lah effisyen, cepat dan murah. Banyak potongan diskaun yang korang boleh dapat buat tempahan kat sini. Sis guna kereta Myvi Auto ( 1.5 ) cuma Rm 317 boleh banding dengan tempat lain sewa untuk sehari paling murah Rm 120 so total 3 hari Rm 360. Boleh jimat Rm 43. Hari yang di nanti pon tiba flight ke Kota Kinabalu jam 7.25 pagi. So sis gerak ke airport jam 6.00 pagi memandangkan sis tak check in lagi maka memang kene gerak awal lah. Sampai di airport terus check in dan terus ke balai berlepas. Pukul 6.45 pagi dah start boarding dan 7.20 kapal terbang dah berlepas masa perjalanan 2 jam 15 minit.. Alhamdulillah pagi tu cuaca elok. Sampai di Kota Kinabalu International Airport tepat jam 9.25 pagi awal 10 minit dari ketibaan sebenar. Bila kita sampai di KKIA kita akan terus ke imigresen untuk dapat kan slip kebenaran untuk tinggal di Sabah. Slip tu kita kene simpan sampailah hari kita akan pulang atau keluar dari Sabah.
![]() |
Hello Kota Kinabalu |
Sesampai di KKIA kereta sewa dari Daeng Car Rental dah tunggu sis kat luar airport. Selesai semua urusan bayaran sis pon terus memulakan perjalanan di Sabah. Tempat pertama sis ke KPJ Specialist Sabah memandangkan lagi 2 hari ayah sis ada appointment untuk buat dialisis di KPJ Sabah so kenelah submit dokumen yang berkaitan untuk memudahkan urusan pihak hospital. Selepas Urusan di KPJ kita terus gerak ke Kundasang.
Perjalanan ke Kundasng mengambil masa lebih kurang 2 jam ke 2 jam 30 minit. Sebelum sampai di Pekan Kundasang kita berhenti dulu di Pekan Nabalu. Apa yang ada kat Pekan Nabalu tu?? Kat Pekan Nabalu tu banyak jual cenderahati , baju , kain batik. Mak sis cannot tahan lah bila tengok kain2 tu. Biasa lah kan mak-mak kan.Setelah membuang kan duit dan masa di Pekan Nabalu kita teruskan perjalanan. Akhirnya rombongan Noly sampai jugak ke Kundasang.Hari ni xde aktiviti berat2 sangat sebab hari ni mmg nak chill-chill jer kat area Kundasang. Setelah rehat, mandi and solat sis pon keluar mencari sesuap nasik memandangkan kami ni cuma breakfast atas flight je pagi tadi. Ok lunch ni kita akan ke Restoran Selera Kebun. Dari homestay tu jalan kaki lebih kurang 10 minit lah. Review jujur dari sis makanan dia biasa2 jer si bagi 3/5. Pukul 8.00 malam sis pon keluar untuk cari makan malam tapi malangnya semua kedai tutup weii.. yang ada cuma KFC je bukak. Maka marilah kita dinner KFC. Done Hari Pertama di Kundasang
![]() |
Awesome kan view sepanjang perjalanan ke Kundasang |
![]() |
Cinta Hati Hamba |
![]() |
Cenderahati di Pekan Nabalu |
![]() |
Awas yer kepada yang bawak mak-mak tu |
![]() |
Shopping yer |
![]() |
Antara yang ada di Pasar Pagi Kundasang |
Destinasi seterusnya ialah Ladang Teh Sabah. Perjalanan dari Kundasang ke Ladang Teh Sabah memakan masa dalam 30 minit. Awas yer semua dari jalan masuk simpang menuju ke ladang teh itu tiada jalan tar lebih kurang 1km jugak lah bergegor dalam kereta. Ladang Teh ni biasa2 jer..Tak lah sebesar di Cameron Highland. Kat Ladang Teh ni terdapat jugak spot-spot bergambar yang cantik. Tapi sis tak gigih nak memanjat yer.. Terdapat Cafe yang kita boleh chill so sis decide untuk lunch di sini. Harga agak mahal dari biasa ya..Nasi goreng kampung berharga Rm 14. Kalau makanan yang pelik-pelik sikit tu memang lagi mahal lah kan.
![]() |
Sisi Luar Sulap Homestay |
Comments
Post a Comment